Selamat Hari Merdeka Untuk Malaysia 2020 – Malaysia Prihatin

IPSA mengucapkan syabas kepada seluruh rakyat Malaysia sempena hari Kemerdekaan yang ke 63 tahun.

“Tema sambutan tahun ini ialah Malaysia Prihatin’. ‘Malaysia’ membawa pengertian seluruh rakyat Malaysia berganding bahu memerangi pandemik COVID-19, sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan mahupun orang perseorangan.

‘Prihatin‘ pula mewakili keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan serta kelangsungan hidup rakyat Malaysia,” katanya.

Semoga seluruh rakyat Malaysia terus dalam keadaan sejahtera, harmoni dan majujaya.

Insya Allah. Amin.

Sekian terima kasih.